Monday, October 19, 2009

National Beach Soccer 2009


Kalau tahun lepas, Soccer beach peringkat kebangsaan ini bertanding di Desaru dan pasukan yang mewakili negara itu akan bertanding di Bali, Indonesia.
Pada kali ini, pasukan yang menang akan mewakili Malaysia bertanding di Phuket, Thailand hujng tahun nanti.



More about this :

Kejohanan selama tiga hari itu akan menampilkan 16 pasukan negeri bagi kategori lelaki termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta 15 pasukan wanita setelah Terengganu menarik diri.

Johan kedua-dua kategori akan menerima wang tunai RM10 ribu beserta piala manakala naib johan pula akan menerima wang tunai RM5 ribu sementara penjaring terbanyak akan menerima wang tunai RM1 ribu.




So, here the result :
Terengganu merangkul gelaran tersebut pada kejohanan yang julung kali diadakan selepas berjaya menewaskan pasukan Kedah 8-2.

Manakala bagi kategori wanita pula, Sabah berjaya menewaskan pasukan Perlis 2-0.

Pada perlawanan separuh akhir, Terengganu berjaya menewaskan Kuala Lumpur 5-4 manakala Sabah pula menang 2-1 selepas mengalahkan Kedah.

Manakala pada perlawanan suku akhir, Terengganu mendahului Pahang 9-1 dan Sabah pula menewaskan Kuala Lumpur 2-1.


Pemain Terbaik Perlawanan Akhir (Lelaki): Hamidi Alias (Terengganu)

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir (Wanita): Surina Abd. Akub (Sabah)

Penjaring Terbanyak (Lelaki): Zaharim Yusof (Terengganu) 9 gol

Penjaring Terbanyak (Wanita): Nurul Ashikin Mohd. Juzi (Perlis) 12 gol
credit to : Malaysia-dimos.blogspot.



Hari nak hujan..
Teluk Chempedak yang sibuk..


Ok, itu aje nak update..jumpe lagi!


No comments: