Monday, May 11, 2009

Phuket, Thailand

I have owez enjoyed going to island to unwind and laze away the time. So I couldn't resist PHUKET Paradise the 11th most beautiful places on earth they say..

Day 1st

Sampai kat Airport Alor Star pagi tu, and naik bus ke sempadan Thai. Hari masih pagi. Lepas dapat information about the whole trip, sampaila kat sempadan Thai-Malay. Lepas je imegresen, tukar bus double decker untuk sepanjang percutian kitorang tu. First time aku naik bus double decker. At dat time, Malaysia bukannya banyak bus camni.

Ok sekarang nak cerita sikit-sikit tentang Thailand. Thailand ade 76 negeri/wilayah. Boleh nampak most of people here naik motor memang tak perlu pakai helmet. Boleh naik sampai 3 orang skali gus. Hebattt!! Dikatakan yang polis Thai garang dan agak digeruni tapi respectnya, negara ni jarang berlaku accident. Thai bermaksud bebas, land bermaksud tanah. Tanah yang bebas. Memang pun. Negara ni nampak bebas dari segi peraturan. Lagipun tak pernah dijajahkan..Orang kat sini suke pakai kete yang hampir same semuanya iaitu yang jenis pick up tu. Memuatkan pekerja yang dah macam lembu kat belakang. Melalui pekan Sadao. Perjalanan agak memboringkan sebab semua tulisan tak paham selain tengok pemandangan highway yang agak same. Jalannya straight tak banyak belok2 macam negara kite.Highway dorang bagus. Semuanya straight sebab rasenye negara kite punye highway pun tak sestraight diorang.Lantas, aku pasang mp3 n layan sampai terlelap..zz..zzz...

Phuket ni sebenarnya pulau tapi bukan pulau yang kene masuk pakai boat or ferry, just like Penang dihubungkan dengan sebuah jambatan. Jambatan ni ade kisahnya di mana namenye pun berkaitan dengan cinta sepasang kekasih yang membunuh diri kat jambatan tu. Cinta mencintai…nama Phuket sendiri diambil dari perkataan bukit. Then, singgah makan kat restoran muslim, namenye restoran Mustafa. Orang yang jualnya berpurdah. Tomyamnya masam dan kaler putih. Sedap gilerrr!!! Cuaca sangat panas. Perjalanan perlu diteruskan. Pekan yang agak sibuk. Then aku layan sampai tertido lagi...zz..zzz...

Petang sikit, sampaila kat Promphthep Laem. Atau maksudnya, Tanjung Dewa. Ya Allah, cantik sungguh ciptaan Tuhan..tak de pemandangan secantik itu kat Malaysia. Tengok sunset. Mendamaikan…Angin laut kuat sangat. Sebelah bawah tu ade lampu lip lap, oh restoren rupanya..

Malamnya terus check in hotel. Aloha Hotel located betul betul kat tengah bandar Phuket. Hotelnye same je macam kite. Ade welcome drink and aku terus mandi and tukar baju. Tak sabar nak menjelajah bumi Thai ini....

Malamnya, layan makanan siam kat restoran Thai-Muslim. 1st nite, aku pegi tengok gerai – gerai yang ade. Banyak jual barang souvenir. Hampir keseluruhan manusia yang ade ialah mat saleh ngan perempuan-perempuan siam. Bebas betul Thailand ni. Ade tiger show everywhere. Terbeliak biji mata aku yang suci ni tengok girls dancing dengan tiang-tiang . Dengan arak sane sini...Sungguh terasa kesetanan mase tu. By the way, tak dapat bandingkan between pondan and perempuan betul. Sexy – sexy semuanya. Aku lepak pantai dengan angin yang menderu..Layan...Balik bilik, penat and terus tido.

Day 2nd

Pagi – pagi lepas breakfast, dah ready untuk bershopping. Tempat pertama yang kitorang pegi ialah kedai jual Tshirt yang paling murah kawasan Phuket ni. Ape lagi, shopping sakan semua orang. Aku beli 2 helai. Baju Phuket and baju No Smoking. Meh nak cerita sket tentang baju ni. Baju camni memang takkan dapatnye dekat Malaysia. Haha...Lepas tu, kitorang pegi Gems Gallery of Phuket. Tengok macam mana permata dicari dan dibuat serta dijual di sini. Tempatnya sangat standard. Aku agak bosan sebab tak minat barang2 camni. After that, kitorang pegi kedai buat gajus. Banyak jenis gajus dibuat. Makan gajus free. Pastu pegi tempat buat madu lebah pulak, dapat makan and minum free. Pastu pegi kedai mutiara pulak. Tak de ape nak dishoppingkan pun.hahaha…

Pastu trip ditukar daripada pergi umah Aishah Mahsuri, tukar plan ke James Bond Island. James Bond Island ni situated at Pangnga. Name tempat yang diambil sempena name Pak Ngah. Naik boat kalau nak pergi sini. Yelah takkan naik basikal nak gi pulau. 300 Baht sorang. Perjalanan ke pulau tu amek mase lebih kurang 20 minit. Banyak sangat deretan pulau2 or batu kapur yang mencacak kat sini. Cantik sungguh…bukan setakat cantik, tapi unik…Dorang kate namenye James Bond Island sebab James Bond penah buat film kat sini. Tak tahu setakat mane kesasihannya. Mungkin juga dikenali sebagai Phi Phi Island.

Direct ke Panyee Island. Orang – orang kat sini cukup lawa, tapi sayangnya, tour guide kitorang cakap tempat ni gadis2nya hanya akan berkawin dengan local people je..Untuk jage keturunan cantik tu kot. Pulau ni unik, ade klinik, masjid…walaupun kecik, tapi boleh menampung seramai 100 lebih penduduk.

Malamnya, singgah makan dan rehat kat bilik. And g tengok live band kat Rock City of PhuketPusing2 lagi...

Day 3rd

Pagi – pagi dah bertolak ke wilayah Hatyai. Wilayah yang paling happening ~Perjalanan lebih kurang 6 jam.

Sampai Hatyai dalam petangnya. Regency Hotel pun terletak kat tengah – tengah town jugak…Tomyam kat sini lagi power and kat sini lebih ramai orang yang pandai cakap melayu sket2. Ramai orang Pattani. And pergi shopping lagi. Masuk shopping mall dia, tibe2 guard tu cam tahan aku. Dia ingat aku bawak bom kot dalam bag. Bila aku bagitahu aku pelancong from Malaysia, dia mintak maaf banyak2 sebab diorang berhak tahan siape2 saje yang lalu lalang. Diorang cakap muke aku macam local people. Aku taula moyang aku orang siam, tapi tak perlulah menahan aku sebab rupa aku. Oh tidak...

Kat sini, orang jual perempuan lebih kurang 200Baht semalaman dekat Pink lady. Boleh chup perempuan dari dalam aquarium…hebattt~ Bahaya betul.


Day 4th

Hari untuk semuanya berlalu. Terlalu banyak kenangan rasanya. Flight dari penang ke KL jam 3 petang.

my address book

145/2 Rat-U-Thit Road, Patong Phuket 83150
Tél 66-76 345 733–42 Fax: 66-76-345 743

The Regency Hotel
23 Prachatipat Rd., Hatyai, Songkla

Hotel Reservation Office
Tel (662) 616-0963-6
Fax (662) 616-0967

sorry guys..terlampau penat n banyak yang nak ditulis. Nanti kite edit sket2lah..

Ni Pic mase jalan-jalan dekat Phuket town.

Ini ialah Prompthep Laem..nampak kan lampu2 kat bawah tu?

Rock City Phuket

James Bond Island


Gems Gallery at Phuket

Phuket maknyah with korean guy at the back

Me at Phuket town

Halal restaurant

Dalam tuk tuk

3 comments:

F.I.K said...

hmmm..masih awal lg nt complain blog ni....btway blog ni simple..ceria...sesuai ngan tajuk travel...gud try...masukkn yg latest your journey..bnykkn lg info kt tepi 2...n some pic 4 public visual...wujudkan suasana supaya pembaca sronok dn rasa mcm tgh mngalaminya travel b 2....pasti pmbaca suka..yg pnting..ada pmbaca suka baca,n yg xsuka sgt baca tp suke tgk pic...bahagikan sama rata....adil utk pmbaca b...good luck 2 my friend...baby tulip ....wink*wink* hahhahaa

MizShuai said...

hahaha...tak suke bace tapi suke tengok pic?

F.I.K said...

yup.....
maknenye,bukan x suka baca terus...
just bnyk pic la....
2 je.....huhuhuhuhhhuu
lain org lain selera....
meow...meow.....:))