Monday, May 18, 2009

FRESHINGLY FRESH FRASER HILL…

1 April 2007
Mase on the way ke Fraser’s Hill tu macam – macam boleh nampak. Cantik sungguh ciptaan Tuhan. Fraser’s Hill ni tingginya lebih kurang 1534 meter dari aras laut. Mase tu saya and kawan saya tak tahu pun yang jalan yang nak ke tempat nih one way rupenye. Penat je kawan saya neh hon kereta dia. Hehe…dari KL amek mase 3,4 hours sebab ikut jalan nak ke Raub. Mase sampai, terus nampak pekan kecil yang ade jual makanan and gerai – gerai yang jual souvenier. Tak ramai orang sebab kitorang pegi hari Khamis. Time tu tak rase lagi yang bukit Fraser tu kitorang yang punye. Bile dah check in still tak nampak orang lain except those staff there. Purata suhu kat sini around 18-20 darjah. Saya rase lucky gile sebab same macam time saya kat Redang, hujan turun even tak de la lebat, tapi dah cukup untuk buat saya tak sakit kepala and tak berair mata macam kat KL.ahakzz… 

 
Kitorang punye resort namenye Silver Park Resort. RM 255 semalaman. Bangunannya white in colour. Ade 6 floor. Kitorang amek yang paling atas. Wah..ingatkan bilik biase je rupanya apartment. Water heater rosak, nak kene orang repair. Mati la kalau tak de air panas. Bilik atas sekali sangat best. Angin masuk sejuk sangat.Hu..


Dis is my picture using lappyinky inside the apartment
Orang – orang kat sini kate, kat sini ade lebih dari 250 spesies burung yang cantik-cantik. Memang pun, tak puas tengok sane sini ade. Pagi esoknya, saya pegi jungle tracking. Walaupun dah pukul 12 tepat, tapi saya still boleh pakai sweater sebab cuacanya sampai ke tulang sum sum. Banyak trail kat sini, antaranya Hemmant Trail, Bishop Trail and saya pegi yang Bishop Trail. Lebih kurang 1500 meter. Denai dia tak lah susah, tapi agak licin maybe sebab hujan pagi tadi. Saya ok je mula – mula. Tapi bagi seseorang yang jarang masuk hutan and tak penah camping ni bahaya jugaklah bile nak handle bende yang menyoyot kat kaki tu-pacat!- menjerit jerit saya nak suruh kawan buangkan bende alah tu dari kaki saya. Saya tak ingat nak kira bape banyak pacat yang gigit saya ari tu. Tapi rase gatal – gatal tu buat saya rase rimas. Dahla kulit saya neh sensitive. Tapi tak pe, saya ok je..=) kitorang keluar ikut Muar Cottage and walking through Jalan Lady Maxwell. Jalan yang sejuk, banyak pokok – pokok yang susah nak jumpe kat mane2 punkan. Kat sini ade Strawberry Farm tapi saya tak masuk pun. Flora Park pun tutup. Yang penting, memang tak de orang kat sini. Heheheee….Kat sini, banyak sangat rumah – rumah persendirian yang besar gabak. And banyak jugak rumah rehat Maybank, TNB, RHB and lain-lain. Maybe diorang peruntukan untuk orang yang pergi kursus ke seminar ke ape kan.
Pas tracking, kitorang gi cari air terjun pulak. Namenye Air Terjun Jeriau. Nak carinya agak susah sampai kitorang termasuk kat kawasan perumahan rumah pangsa Taman Sg Hijau. Siap ade sekolah lagi kat dalam ni. Kawasan ni kawasan rumah kos rendah. Jalan nak ke air terjun ni turun bukit and menghala ke arah tempat golfing jugak. Nak masuk air terjun free je and hanya kitorang je yang ade kat situ. Haha..tak penah pegi tempat macam ni. =) …kitorang cari port best and layan la mandi. Airnya kat kawasan rendah so dah tak berapa jernih tapi sejuknya, tuhan je la yang tahu. Tukar baju kat situ pun tak payah cover2 sebab tak de orang.haha
Same je berkayuh macam kat genting tu, tapi yang lagi bestnye ialah berkayuh dekat dengan alam semulajadi..=) Pastu kitorang dah start starving and nak cari makan. Tapi before that, menyinggah jap nak boating kat Allan Lake. Nice name I think. Harganya RM6 per boat for 15 minutes. Best. Tasik dia tenang, sejuk and air sejuk jugak…banyak betul penggunaan kaki ari ni sebab nak kene kayuh boat tu kan.



Baru la kitorang pegi cari makan. Kali ni nak makan kat gerai yang dekat dengan masjid pulak. Kat sini ade masjid, and time azan, hampir seluruh Fraser’s Hill ni boleh dengar. Syahdu kalau dengar time subuh kat tempat yang mendinginkan and mendamaikan camni. Kat sini pun ade pusat penyelidikan UKM. Cehs..mengingatkan ku pada tempat asal!!hehhe…Balik je bilik, time to rest..
Malamnya pagi cari makan kat tempat lain pulak. Kali ni dekat Chakoi Corner. Makanannya tak de la best sangat tapi decorationnya hebat!! Ade banyak patung patung yang hang up kat dinding and pelik – pelik semuanya. Malam last tu, kitorang amek udara sejuk. Memang sejuk sangat. Kabus pun bersepah – sepah masuk dalam baju…kali ni dah banyak sket orang kat resort kitorang. Ade student yang ade bengkel kat sini. Bising sket la dengan kerenah diorang ni. Luckily, bilik saya kat atas sekali.
Pagi esoknye, kemas barang and check out macam biase. Sedeh nak tinggal tempat best and tenang macam ni. And dah start ramai orang kat sini. Ade banyak tourist, amd family. Baru hidup tempat ni!!before this rase macam temapt ni kitorang yang punye. Saya beli souvenier sket untuk rumet (as usual..) and start turun bukit ikut laluan laik pulak.. kali ni nak balik ikut Kuala Kubu Baru. Jalan lagi menakutkan. Sempat lagi kitorang bagi monyet makan pisang yang tak habis dimakan tu. Simpan dalam freezer sampai jadi keras. Dahsyat dahsyat..=p ..kitorang singgah kat Tasik Ulu Yam tu. Ramai orang hari Ahad ni santai dekat tasik and air terjun ulu yam…sampai KL lebih kurang kul 3pm. Lagi cepat than ikut Raub tu. And viewnya tak lah sebosan highway. Over all nya, saya best sangat pegi sane dapat try macam2 and dapat tenangkan fikiran sebab pas ni kene memulun sakankan thesis..uuwaaaaaaaaaaaa……….

p/s :- mase nak pegi check out and nak bayar bill, manager kate tak payah bayar..semuanya FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE.FREE. Hahhaaa…best tak percutian saya?
Nway saya tak tau kenapa manager tu bagi free untuk dua malam tu. RM 510 keseluruhan percutian ni nak ikutkan kene bayar. And saya and kawan saya still wondering..hmmm…
MY ADDRESS BOOK :-
++Fraser’s Silverpark Resort, Jalan Lady Maxwell, 49000 Fraser’s Hill, Pahang++06-3622888++


4 comments:

KINAS said...

salam singgah....entri yg menarik

——•§HÅH••—— said...

wahhh..beshhhnyeee dpt travel kat fraser hill..
xpnh pg pOn.. :(

u ni ske vacay ke?
byk sume entri sumenye psl u pg melancong..
bapakk beshhh~~

Khairul said...

eh. Banyak duit betul dia asyik travel je.

MizShuai said...

ye..saye suke vacay!