Wednesday, December 30, 2009

:: National Museum::



Okay, itu dia National Museum.
Selamat Datang.

Para pengunjung Muzium Negara dikehendaki memperolehi tiket masuk berharga RM2.00 sebelum dibenarkan melawat ke galeri pameran tetap, Pameran Magis Belantara Orang Asli, Pameran Asean COCIPameran Magis Belantara Orang Asli di Galeri 2. dan ruang dalam Istana Satu di Muzium Negara.  Bayaran tiket adalah percuma bagi kanak kanak 12 tahun ke bawah dan pelajar yang menggunakan pakaian seragam sekolah. Tiket masuk boleh diperolehi di pintu masuk utama Muzium Negara dan di kaunter tiket



Bangunan yang mudah dikenali dengan struktur bumbung yang menarik. Mungkin.



Posing dengan adik-adik sebelum masuk memuziumkan diri.




Nampak museum macam tempat-yang-bosan-untuk-dikunjungi, tapi sebenarnye takdelah sangat.

Boleh tengok the oldest al-Quran and semua visual effect sangat best!



Ok, tak patut posing ayu dekat tangga ni. Please.

Pameran Asean dengan adik-adik.




Ok, me and en.tunang at Magis Belantara.


Info :



Kawasan letak kereta
Kawasan letak kereta yang selesa disediakan di Muzium Negara. Kadar bayaran sebanyak RM2.00 untuk kereta dan RM 1.00 untuk motosikal. 
Makanan & minuman
Menjamu selera dengan juadah makanan yang beraneka jenis serta makanan ringan yang terdapat di Kafeteria Muzium Negara. Makanan dan minuman adalah dilarang dibawa masuk ke Muzium Negara.
Kemudahan
Sebuah lif disediakan untuk pelawat berkerusi roda ke Muzium Negara. Kerusi roda juga disediakan atas permintaan. Sila berhubung dengan Kaunter Khidmat Pelawat di (03) 2267 1000 (talian umum) untuk maklumat lanjut.
Mengambil gambar
Fotografi dan mengambil video adalah dibenarkan di galeri pameran bagi tujuan kegunaan sendiri sahaja. Bagi tujuan komersial pula, sila dapatkan kebenaran dengan menulis kepada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium Malaysia.
Kedai Muzium
Terletak di aras bawah berdekatan dengan laluan keluar Muzium Negara. Terdapat beberapa koleksi yang menarik yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan seperti koleksi buku, video cekera padat dan ianya boleh dibuat sebagai bahan kenangan serta hadiah  semasa melawat Muzium Negara. Setiap bahan yang dijual mempunyai signifikan sejarahnya yang tersendiri.
Lokasi menarik berdekatan
Terdapat banyak lokasi yang menarik berdekatan dengan Muzium Negara antaranya adalah Taman Tasik, Tugu Negara, Taman Burung dan Taman Tasik Perdana.
Waktu Dibuka dan Bayaran Masuk
  • Waktu beroperasi 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.
  • Muzium akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
  • Tiket berharga RM2.00 boleh didapati di kaunter tiket Muzium Negara.
  • Percuma bagi kanak kanak 12 tahun ke bawah dan pelajar yang menggunakan pakaian seragam sekolah.


Okay, semua info adalah from National Museum.

See you in the next episode~ 


2 comments:

cik fiza said...

wah bagusnyer siap bagi full information guide.. ni leh jd agent cuti2 malaysia ni.. anyway lawat2 la blog kiter fizziefiza.blogspot.com

MizShuai said...

ye...kite memang suke kl jadi travel gide..=)..
lebih hebat lagi kl kami ade travel agency..